Sultan Selangor: Khalid Samad Biadab


DYMM Sultan Selangor telah menyatakan kemurkaannya terhadap Khalid Samad dengan mengatakan bahawa Khalid adalah seorang yang biadap.

Titah Baginda adalah ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor petang tadi.

“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS”

“Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”

“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.”

 “Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk”

“Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam”

“Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik.”

“Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara”