Filled Under: berita terkini, berita terkini GAZA, mesir halang bantuan masuk ke GAZA, pray for gaza
Kerajaan Mesir menghalang mana-mana pihak memasuki Gaza dengan menyekat pintu masuk di sempadan Rafah menyebabkan misi-misi bantuan tergendala termasuk misi bantuan Aman Palestin dari Malaysia.
Menurut laporan Aljazeera.net, sekumpulan 500 anak muda rakyat Mesir yang merupakan aktivis masyarakat dan kumpulan doktor warga Palestin dan Eropah turut dihalang memasuki Gaza.
Sehubungan itu, kumpulan anak muda tersebut mengadakan demonstrasi agar pihak tentera membenarkan mereka melepasi pintu sempadan itu.
Menurut jurucakap kumpulan itu, mereka terpaksa kembali ke Kaherah dan tidak akan berputus asa untuk mencuba lagi sekali.
Rombongan misi kemanusiaan Aman Palestin yang disertai oleh 5 doktor pakar dan wakil organisasi media tempatan turut terkandas.
Menurut laporan facebook Aman Palestin, tentera Mesir telah dikerahkan untuk mengawal pintu sempadan Rafah bagi menyekat mana-mana pihak terlepas masuk ke Gaza.
Mesir Halang Bantuan Memasuki Gaza