PERKASA Buat Tabung Derma untuk Ringankan Beban Kiki Kamarudin


untuk meringankan beban pesalah kes buli jalanraya iaitu Kiki atau nama sebenar Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin hari ini(24/7/2014) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor(PERKASA) melancarkan tabung derma.

Kiki Kamaruddin didapati bersalah oleh mahkamah dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan melakukan kerja-kerja komuniti selama 240 jam.

Denda itu diputuskan oleh mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai 2014 kerana kesalahan tidak sopan terhadap lelaki cina warga emas.

Atas dasar simpati, PERKASA mengumumkan akan membuat kutipan derma  bagi membantu meringankan beban Kiki Kamaruddin. Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma bolehlah berhubung terus kepada Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor di talian 01128153249.