Fizo Omar Insiden Di Kuala Krai Kelantan


Kereta peribadi pelakon, Fizo Omar dan isterinya Mawar dilaporkan kemalangan di Kuala Krai tengah hari semalam 24/7/2014. Mengikut gambar yang di kongsikan di laman sosial facebook, kereta peribadi milik pelakon itu kelihatan remuk di bahagian depan akibat pertembungan dengan kenderaan lain.

Kemalangan yang berlaku di Kuala Krai, Kelantan itu tidak melibatkan kecederaan Fizo Omar dan ahli keluarga. Dilaporkan, kereta jenis Audi berwarna biru milik Fizo Omar itu dipandu oleh pembantu peribadinya. Dalam kejadian, kereta yang dipandu oleh pembantu peribadinya dinaiki oleh ibu dan adiknya manakala Fizo dan isterinya Mawar tidak terlibat dalam kemalangan itu.

Dalam pada itu, Fizo Omar mengesahkan dia dan isteri sudah berada di Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Berhati-hati ketika memandu sempena musim perayaan ini.

Nombor pendaftaran kereta Audi milik Fizo Omar sangat cantik iaitu “MF120″. Mungkin nombor pendaftaran ini adalah gabungan dari nama pasangan ini iaitu M=Mawar dan F=Fizo. Cantik sungguh.