Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia 11 Julai 2014


New York - Pelakon David Legeno yang melakonkan watak sebagai manusia serigala dalam filem "Harry Potter", ditemui meninggal dunia di daerah Death Valley, kata pihak berkuasa California, Jumaat.

Ketua Polis Inyo County berkata, mayat Legeno (50) ditemui oleh pejalan kaki pada pagi hari tersebut, dan dipindahkan menggunakan helikopte.

"Legeno disyaki meninggal akibat diserang demam panas, tetapi pemeriksaan forensik sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui," kata pihak polis.

Bintang berbadan tegap kelahiran London itu adalah petinju profesional dan atlet bela diri yang melakonkan watak sebagai Fenrir Greyback, manusia serigala yang ganas dalam  film Harry Potter.

Ia juga tampil dalam beberapa siri television dan film termasuklah "Snow White and the Huntsman", "Snatch", "Centurion" dan "Batman Begins".