Free Download Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Full Movie

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Fezrul Khan, Erin Malek, Zalif Sidek, Shima Anuar

Gandingan yang sangat lemah, cedokkan gaya gedik yang tak menjadi, dan ceritanya yang sangat kosong antara kelemahan filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?. Ceritanya mungkin simple sebab pengarah nak letak ke’cute’an Erin Malik dan gandingannya. Tapi, secara jujurnya, I don’t think yang gandingan Fezrul dan Erin menjadi. Malah, melihat mereka berdua berlakon, seperti melihat dua orang dalam dua filem berbeza.

Fezrul gagal menyajikan apa yang dinamakan sebagai karakter yang mampu untuk membawakan aura tersendiri. Dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang ada aura komedi, dan kadangkala nampak kekok dengan apa yang dia lakukan. Malah, aku rasakan watak Fezrul ni sungguh tak sesuai dengan keadaan. Dan komedinya, gagal. Sangat sangat gagal.

Namun begitu, erin Malek mungkin sedikit menyerlah. Lagaknya comel dan dia nampak seperti tahu kehendak filem yang memerlukannya untuk nampak seperti gedik, comel dan juga sedikit liar. Aku suka lakonannya walaupun aku rasa dia berlakon dalam sebuah filem yang sebenarnya kosong dan tidak punya apa apa harapan.

Gandingan yang kurang menjadi tu dah satu hal. Ceritanya pula satu lagi hal. Awak Nak Kahwin Dengan Saya ialah sebuah filem yang sebenarnya lebih bertumpu kepada scene komedi comel dalam ceritanya yang kelihatan ‘ringkas’. Predictability plotnya sangat tinggi sebab happy endingnya memang tipikal dalam filem filem romantik picisan. Itu pada aku bukanlah kelemahan, tetapi kehendak untuk tidak mahu melakukan sesuatu yang lain. Aku terima!

Namun, apa yang aku rasakan kurang pada plotnya ialah kelemahan untuk menjanjikan kecomelan dalam komedi dan rentak plotnya. Ceritanya tidak diringi dengan babak babak yang comel dan segar. Apa yang ada hanyalah babak biasa yang sangat tidak menjanjikan apa apa yang baru untuk filem yang sebegini. Kalau tak ada benda baru, buat apa bikin filem ni? Repetition tanpa pembaharuan macam buat baulu hangus berkali kali!

Selepas gagal menampilkan kekuatan dalam Bencinta, Eyra Rahman masih gagal untuk menyajikan filem ringan yang berkualiti lagi. Aku mengharapkan olahan Awak Nak Kahwin Dengan Saya? lebih umph dan menyengat daripada ini. Namun, apa yang aku nampak hanyalah babak babak simple dan tidak terlalu berisi dan kadangkalanya berlalu macam angin.

Tak ada harapan untuk lebih melihat filem ni sebagai antara filem ringan Eyra Rahman yang boleh dibangga. Dalam kegagalan pasangan pelakon yang memberikan gandingan berkesan, filem ni tenggelam dalam naratif yang tidak ditekankan dengan betul dan berkesan. Filem yang ringan, jika dilayan dengan ringan maka akan meringankan mata untuk terlelap. Maka, terpulang pada korang untuk menonton atau tidak.