Selena Gomez Dikutuk Peminat Kerana Besarkan Payudara


Sejak zaman berzaman, selebriti Hollywood dan pembedahan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

Walaupun wajah dan aset mereka sudah sedia cantik terletak, namun ada sahaja bahagian badan yang tak kena pada pandangan mata mereka.

Yang terbaharu, penyanyi dan pelakon comel, Selena Gomez dikhabarkan menjalani pembedahan membesarkan payudara selepas gambar terbarunya menunjukkan perbezaan yang sangat ketara di bahagian tersebut.

Namun satu sumber terdekat dengan Gomez menafikan khabar angin tersebut kerana penyanyi berusia 22 tahun itu tidak pernah sesekali melakukan sebarang pembedahan kosmetik dalam hidupnya.