Syamsul Yusof Akan Menikah Selepas KL Gangster 2 Ditayangkan

Syamsul Yusof berhasrat menamatkan zaman bujangnya selepas filem terbaharu arahannya berjudul KL Gangster 2 ditayangkan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapakah wanita yang ingin disunting menjadi isterinya. Tetapi terdapat khabar angin yang menyatakan beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Puteri Sarah.
Saya sudah bersedia untuk berumah tangga kerana usia pun semakin meningkat. Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang perbincangan khusus mengenainya dan ia hanya satu perancangan.

Tentang calon biar saya simpan untuk diri sendiri dahulu dan saya sendiri akan umumkan kepada semua sekiranya ia benar-benar terjadi.

Ibu bapanya masih belum bertemu dengan calon isterinya. Namun begitu keluarganya tidak menghalang dengan siapa dia ingin bercinta malah sentiasa bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.

Keluarga tidak kisah dengan siapa saya nak bercinta malah mereka sering bertanya bila saya akan berkahwin. Malah saya sendiri sering memikirkan soal tersebut dan berharap peminat semua mendoakan yang baik-baik untuk saya.