Free Download Album Terbaru Yuna – Nocturnal

Album terkini dari penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna akan dilancarkan pada 29 Oktober depan.

Album yang diberi nama Nocturnal itu bakal memuatkan 11 buah lagu yang turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain bekerjasama dengan ramai penerbit terkenal di Amerika Syarikat.

Ianya membawa konsep pop organik, R&B Soul dan akustik. Yuna juga bakal melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal, Robin Hannibal.

Yuna yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada tahun 2012 telah mendapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut apabila majalah Rolling Stone menggelarnya ‘bintang yang bakal menyinar’ selain The New York Times menyifatkan karyanya sangat segar dan memberi pembaharuan kepada landskap muzik di negara berkenan. sumber