Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat


Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa. 

#FreePalestine by Rihanna

Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.

Tulis Selena Gomez: Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration

Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi.

Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.

And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [2]

Apa pun, salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza. 

Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena. 

Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza.

[Sumber]