Rakan artis Rakam Ucapan Takziah Buat Sharifah Aini

Rakan artis dan penggiat industri seni bertumpu ke laman media sosial bagi menyampaikan ucapan takziah mereka di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini.

Bintang legenda yang telah mencebur diri dalam bidang nyanyian itu pergi mengadap Ilahi pada 1.26 pagi Sabtu akibat fibrosis paru-paru.

Penyanyi kumpulan ELITE, Sasha Saidin mengimbas kenangannya sewaktu bersama-sama Allahyarham menyertai jelajah promosi ketika bersama syarikat rakaman EMI.

Jenazah penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada selepas solat Zohor.