PM Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Korban Insiden Di Kuala Kangsar


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera yang meninggal dunia dalam insiden kereta perisai terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar, kelmarin.

Perdana Menteri juga mendoakan supaya anggota yang cedera dalam kejadian itu segera pulih.
“Takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam kemalangan di Kuala Kangsar, semalam,” katanya menerusi Twitternya, semalam.

Dalam kemalangan jam 6.30 petang, semalam, dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang dinaiki terbabas sebelum terbalik.