Presiden Rusia Desak PM Israel Hentikan Serangan Palestina GAZA


MOSCOW - Presiden Rusia Vladimir Putin mendesak Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan serangan ke Gaza. 

"Rusia menekankan pentingnya dihentikan konfrontasi bersenjata yang menyebabkan korban orang awam," ujar pihak Istana Kremlin, selepas Putin dan Netanyahu bercakap melalui telefon, seperti dikutip Xinhua, Jumat (11/7/2014). 

"Menjadi keperluan besar untuk menghentikan rangkaian kekerasan dan akhirinya penderitaan rakyat," katanya. 

Sebelumnya Kementerian Luar Negeri Rusia memperingatkan warga Rusia di Israel dan wilayah Palestin, untuk bersikap hati-hati. 

Sementara PM Netanyahu sendiri menegaskan bahawa saat ini tidak ada rundingan gencatan senjata dengan Palestin. Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut mendesak Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat (AS) John Kerry bekerja sama untuk memastikan gencatan senjata di Gaza

Israel memulakan serangan udara ke Gaza pada Selasa 8 Julai 2014, untuk menangkis serangan roket dari Gaza. Netanyahu pun mengisyaratkan akan memperluaskan operasi ini menjadi operasi darat, walaupun tidak diketahui waktu serangan darat itu dilakukan.