Maklumat Gadis Melayu Yang Menjadi Taruhan Terbaru DAP

Biodata Syefura Othman, Gadis Melayu Terbaru Taruhan DAP - Selepas DAP mempertaruhkan Dyana sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kini seorang lagi gadis melayu menjadi taruhan terbaru parti DAP.
Menerusi portal Roketkini, gadis ini menjelaskan yang beliau menyertai parti DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda melayu.

“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”

“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” 
Biodata Syefura Othman: 
Nama Penuh: Young Syefura Othman
Nama Samaran: Rara
Umur: 25 tahun
Asal: Negeri Sembilan
Status: Bujang
Pekerjaan: Ahli Politik

Sejauh mana Syefura akan diketengahkan DAP, sama ada beliau akan dicalonkan nanti, hanya masa akan menentukan