Coretan Neelofa Akan Sedarkan Gadis Melayu Untuk Berhijab

Coretan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga - Mungkin ada yang tidak tahu, selain bergelar artis dan bekas pelajar yang cemerlang, Neelofa juga merupakan seorang penulis jemputan di Harian Metro setiap hari ahad. Kepada peminat beliau, memang rugi jika tidak mengikuti setiap tulisan beliau disana.

Apa yang menarik perhatian penulis, gaya tulisan Neelofa yang power membuatkan pembaca seolah-olah berada dekat dengan rapat dengan Neelofa. Katanya;


Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.
Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.
Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.