Hari ini, portal Ameno World telah menimbulkan satu isu yang agak panas mengenai pengurusan duit zakat dari Majlis Agama Islam Johor kepada kanak-kanak miskin di Johor.
Intipati berita tersebut adalah, seseorang telah mengadu bahawa MAIJ telah membeli basikal untuk 60 orang kanak-kanak miskin di Johor dengan bayaran sebanyak RM 30,000. Ini bermakna basikal tersebut berharga RM 500 setiap satu.
Hasil kajian penulis di Mudah.my mendapati harga paling mahal model basikal Schwin Candy berkenaan adalah RM 250 manakala yang paling murah adalah RM 190. Jelas sekali sesuatu yang tidak kena disitu.
Setelah disebarkan di media sosial, isu ini banyak menerima komen dari pengguna laman sosial. Rata-rata tidak berpuas hati dan ingin perkara ini disiasat.
Duit zakat tidak elok diserongkan untuk kepentingan diri sendiri. Lagi-lagi ianya adalah amanah Tuhan. Tapi isu ini perlu disiasat terlebih dahulu. Jangan di cepat sangat kita menuduh mana-mana pihak. Jika benar ada penyelewengan, hukuman sewajarnya patut diberikan dan penguatkuasaan perlu dipergiatkan supaya perkara yang sama tidak berulang.