Gol Mario Gotze Yang Menjadikan Jerman Juara Piala Dunia 2014


Taniah kepada pasukan German yang mana telah mengalahkan ARGENTINA dengan 1-0 pada minit 113 masa tambahan dari jaringan Mario Götze. Begitu sukar untuk mendapatkan gol kerana pertahanan Argentina yang kuat.

Biarpun begitu, semua tahu pasukan German ini punyai tektikal dan semangat berpasukan yang tinggi. Tidak seperti pasukan yang punyai Star Player seperti Argentina (messi), Portugal (c.ronaldo) atau Spain (torres). Pasukan german sentiasa bermain secara berpasukan. Pemain seperti Ozil, Klose, Muller akan lekat di ingatan sebagai best team win.

Pasukan german bermula bermain di Piala Dunia Brazil ini dengan suatu kejutan terbesar bila menundukkan PORTUGAL 4-0 dan memalu pasukan tuan rumah BRAZIL dengan 7-1.

Biarpun begitu, Taniah kepada Klose kerana menjadi PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN dengan 16 gol keseluruhan mengalahkan RONALDO dari Brazil. German, anda layak untuk menang World Cup kali ini.

Gol Jerman yang menjadi juara.Ada sesiapa yang tak sempat tengok kemenangan Jerman mengatasi Argentina.Kalian boleh saksikan video ini.Tahniah pasukan Jerman dan kepada pasukan Argentina jangan putus asa.Cuba lagi dalam masa 4 tahun lagi