Istana Dedahkan Alasan Tak Terima Wan Azizah Jadi MB Selangor


Ketika rakyat Malaysia bergelut menahan kesedihan terhadap tragedi yang bertimpa-timpa yang melibatkan pesawat Penerbangan Malaysia serta mengeluh mengenang nasib umat Islam di Gaza,Anwar Ibrahim nampaknya masih sibuk berpolitik untuk kepentingan dirinya.Dikhabarkan,Anwar telah menghantar beberapa nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Antara yang dicadangkan dan diberi sokongan kuat ialah Datin Seri Wan Azizah,isterinya sendiri yang juga merupakan Presiden Parti.Walaubagaimanapun,malang bagi Anwar,pihak istana dikatakan tidak begitu ‘berkenan’ dengan cadangan Anwar.Pertamanya,pihak istana tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar-nukar Menteri Besar terutama pada ketika berbagai masalah negeri masih belum selesai.Keduanya,pihak istana ingin memastikan Menteri Besar yang dipilih benar-benar mendapat sokongan ramai.

Untuk itu,pihak istana membayangkan agar diadakan undian.Anwar tentu sekali keberatan untuk mengadakan undian,bimbang isterinya tidak mendapat sokongan ramai.Lebih dari itu,undian juga pasti akan meresahkan semua pihak yang selama ini bermuka-muka berpura-pura menyokong kem Wan Azizah.

Namun,saya yakin bahawa Anwar sebenarnya telah pun menjangkakan penolakan istana,malah beliau memang sengaja merancang ke arahnya.Buktinya,desas desus telah kedengaran bahawa Anwar bakal mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh Selangor untuk membantah keputusan istana.Ini merupakan peluang Anwar untuk menekan Sultan secara berterusan lanjutan dari isu MAIS dan JAIS yang dijuarai oleh Khalid Samad.

Tekanan ke atas Sultan dilihat sebagai agenda terancang dan jangka panjang Pakatan Rakyat dalam usaha untuk merealisasikan Malaysian-Malaysia DAP dan juga negara republik PKR yang membawa fahaman liberal.Selain itu,kekecohan demonstrasi ini juga akan digunakan untuk mengalih pandangan dari rayuan Anwar ke atas hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya.

Sudah menjadi ‘trend’ semasa di Malaysia di mana Anwar akan merancang demonstrasi atau rusuhan setiap kali kes peribadinya timbul di mahkamah dan nampaknya,Anwar akan terus menggunakan strategi yang sama bagi menutup malu atau mengelak dirinya dipenjara.Walaupun strategi berdemonstrasi tidak pernah berjaya mengubah apa-apa,Anwar tetap setia mengulanginya.

Kata orang bijakpandai,perbuatan yang sama akan membawa kepada hasil yang sama juga.Adalah dikhuatiri kata-kata ini mungkin tidak begitu tepat dalam kes Anwar kali ini.jika demonstrasi sebelum ini tidak membawa Anwar ke mana-mana,maka demonstrasi kali ini mungkin membawa Anwar terus ke penjara.