Skuad pejuang jihad Palestine , Brigade Ezzedeen Al Qassam atau lebih dikenali sebagai Al Qassam merupakan salah satu sayap pejuangan Hamas. Tentera penggempurnya yang berani mati dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Brigade Al Qassam mempunyai skuad elit yang bergelar Komando Al Qassam paling digeruni Rejim Zionis kerana terkenal dengan roket Al Qassam, roket artileri buatan sendiri yang mampu mengugat Israel. Al Qassam turut digelar 'tentera malaikat' kerana tidak pernah tewas ketika bertempur dan mampu menumpaskan ratusan rejim zionis dan menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Brigade elit ini dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Ciri-ciri dan syarat-syarat menyertainya paling ketat. Iaitu :
- Mendapat kebenaran dari ibu bapa untuk syahid.
- Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
- Wajib pelajari tafsir Al Quran.
- Wajib membaca Al Quran satu juzuk sehari.
- Wajib menghafaz 40 hadis Arba'in (Imam Nawawi)
- Puasa sunat dan tahajud.
- Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
- Tahap kecergasan yang tinggi.
- Kerap menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Mengamalkan zikir harian.
Objektif penubuhan Al- Qassam adalah:
Untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.
Persolannya, mengapa Brigade Al Qassam menutup wajah mereka ?
Jawapanya kerana mereka takut kepada penyakit Riak dan Ujub. Pada tahun lepas, wakil HAMAS datang ke Malaysia, dan ditanyakan soalan ini. Lalu beliau mengatakan, di Gaza Palestine. Jika sebuah keluarga itu mempunyai anak lelaki yang bersama-sama Brigade Al Qassam, maka keluarga itu akan disanjung dan dirai penduduk Palestine. Mereka bagaikan superman yang menyelamatkan kampungnya. Oleh itu, Syed Ahmad Yassin telah menetapkan supaya setiap anggota Al Qassam diwajibkan memakai topeng untuk menjauhkan sifat ujub dan Riak. Kata, Syed Ahmad Yassin, " Allah akan menangguhkan kemenangan jika ada penyakit ujub dan Riak dalam perjuangan."
ALLAHU AKBAR! Semoga dipercepatkan kemenangan buat pejuang-pejuang Allah ini..