Popularity Justin Bieber Terancam Kerana Membawa Dadah

Nasib malang menimpa penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber apabila dia telah ditahan oleh polis di bandar Fort Lauderdale, Florida apabila mereka dikatakan membawa dadah.

Polis kemudiannya telah menggeledah beg-beg yang dibawa pelantun "Beauty And A Beat" itu dan pengawal peribadinya yang disyaki menyimpan barang terlarang itu.

"Mereka ditahan selepas pihak polis mendapat maklumat Justin baru saja berparti dadah dengan rakan-rakannya dan dia menyimpannya di dalam beg.

"Semua beg yang berada dalam kereta milik Justin digeledah dan selepas hampir sejam, tiada dadah yang ditemui," ujar satu sumber kepada Dailymail.

Kes dadah yang dikaitkan dengan Justin bukanlah perkara baru kerana pada bulan lalu polis telah menemui dadah jenis ganja di dalam bas yang digunakan untuk konsert jelajah beliau ketika mereka menuju ke Kanada dari Amerika Syarikat.

Malah pada April lalu ketika Justin dalam konsert jelajah Eropah-nya di Sweden, pihak polis telah menemui dadah jenis yang sama dalam bas yang pernah digunakan penyanyi tersebut namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan.