PR merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan
kerosakan.Selama kewujudannya,parti itu hanya memainkan peranan sebagai
pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas,selain menghasut
dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum,agama mahupun
sesama Islam.Malah,PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad
Datu.Pendek kata,sehingga kini,tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh
PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan
keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia.
Tidak lama dahulu,PR begitu
bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan
Akta Pencegahan dan Akta Hasutan.Kononnya,dengan terhapusnya Akta
tersebut maka keadilan,kebebasan dan hak asasi manusia dapat
ditegakkan.Walaubagaimanapun,hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya
membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes
tembak menembak semakin menjadi-jadi.
Apa yang pelik ialah PR bukan
sahaja tidak merasa bersalah,tetapi bertindak membela penjenayah
pula.Beberapa peguam yang juga pemimpin PR kini bangun mempertikai
tindakan polis serta mempersoalkan hak asasi para penjenayah.PR langsung
menghiraukan ancaman para penjenayah ini terhadap masyarakat.
Hakikatnya,parti PR didokongi oleh para peguam yang hebat memutarbelit
dan memusing fakta.Malah,antara personaliti PR yang paling lantang ialah
Karpal Singh,juga seorang peguam yang telah mendedahkan kegiatan
homoseksual Anwar buat pertama kalinya di Parlimen tetapi kemudiannya
menjadi pembela kepada Anwar menafikan yang beliau pernah meliwat.Ini
sudah cukup untuk membuktikan betapa kotor,busuk dan jahatnya politik
PR.
Secara dasarnya,peguam-peguam PR mempunyai pelanggan dari dunia
gelap.Antaranya,bapa ayam,pengedar CD haram,pengedar dadah,gangster dan
berbagai-bagai lagi.Pendek kata,membela penjenayah sudah menjadi tugas
mereka dan bagi yang berjaya melepaskan penjenayah dari
dakwaan,ganjarannya sudah pasti lumayan,tidak termasuk dengan jaminan ‘keselamatan’.Ini
tentu memberi kelebihan kepada aktiviti politik mereka pula.Maka,tidak
hairanlah aktiviti gelap semakin bercambah di Selangor dan Pulau
Pinang,sebaik sahaja PR menjadi kerajaan negeri.
Jika kita imbas kembali
kes pembunuhan berprofil tinggi,Datuk Sosilawati iaitu jutawan kosmetik
yang terkemuka,anda akan dapati kes tersebut juga dikaitkan dengan
peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam yang mana diketahui menjadi
tulang belakang kepada PR.Bukan setakat kes berprofil tinggi,tetapi
dalam kes-kes biasa juga PR sering cenderung membela pesalah atau orang
yang disyaki.
Dalam isu demonstrasi ganas BERSIH,PR langsung tidak mengambil kira
tindakan peserta yang membelasah pihak berkuasa tetapi sibuk membela
keganasan peserta.Dalam kes polis menembak remaja yang memecut setelah
engkar arahan polis untuk berhenti,PR telah mengambil sepenuh kesempatan
untuk menyalahkan polis tanpa mengambilkira situasi
kejadian.
Nampaknya,PR memang pejuang hak asasi manusia yang hebat kerana
sanggup berjuang untuk memastikan penjenayah juga punya hak untuk bebas
dan berbuat jenayah.Justeru,kita jangan terkejut jika melihat
peguam-peguam dari kalangan pemimpin PR akan ke hadapan sekiranya Ops
Cantas yang dilancarkan pihak polis berjaya membawa para gangster ke
muka pengadilan.saya pasti PR akan terus mempertahankan gangster kerana
gangsterisme merupakan sebahagian dari politik PR itu sendiri.