Umum tahu, masalah rambut adalah perkara yang biasa terjadi pada setiap orang. Ada bermacam-macam masalah berkenaan rambut yang sering terjadi. Ia termasuklah kelemumur, rambut gatal, rambut rapuh dan yang sering terjadi, namun tidak diendahkan ialah masalah rambut kusam.
Kesan daripada rambut yang kusam, ia membuatkan anda kelihatan tidak bermaya, selekeh dan juga hilang penampilan diri. Ada beberapa isu dimana mereka yang mengalami masalah rambut kusam menyebabkan mereka hilang keyakinan diri.
Namun, tahukah anda, udara kotor adalah punca utama kepada penyebab rambut menjadi kering dan kusam?
Selain itu, kandungan detergen yang terdapat pada syampu juga adalah penyebab kepada rambut menjadi kusam. Penggunaan syampu setiap hari akan menyebabkan pelembab semulajadi rambut semakin berkurangan.

Jangan anda anggap kecil, sebenarnya menyikat rambut ketika rambut masih basah juga adalah penyebab utama rambut menjadi kusam.
Bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini, tak perlu risau kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah :
1. Jangan bilas rambut anda dengan air panas. Bilaslah dengan air dingin kerana ia akan menjaga kelembapan rambut anda.
2.Lepaskan ikatan rambut ketika tidur, anda tidak mahu rambut anda bergumpal ketika tidur kan?
3.Hentikan sementara penggunaan pengering rambut dan juga pengeriting rambut. Suhu yang panas juga menyebabkan rambut anda kehilangan nutrient semulajadinya.