Johan (Raja Lawak) Dedah Latar Keluarga


Siapa yang tak pernah tergelak apabila Johan bercakap dengan slang Cina-nya? Memang tak dapat nak tahan diri ni dari pecah perut. Namun, melalui iklan raya Astro Gempak, tahukah anda bahawa Johan sebenarnya memang mempunyai darah Cina yang mengalir dalam dirinya?

Perkara ini diakui sendiri oleh Johan dalam video pendek berdurasi 1.01 minit. Menerusi video tersebut, dia menceritakan secara ringkas mengenai kisah hidup dirinya dan juga dari mana datangnya watak “Acai” yang selalu dibawakan olehnya ketika melawak.

Johan turut menceritakan bahawa pada waktu kecil, dia akan melawat saudara-saudara cinanya pada Hari Raya Cina dan sebaliknya pada Hari Raya Aidilifitri pula. Menarik bukan?

MAHU BACE BERITA PENUH >>?? KLIK SINI