NEW DELHI, 26 JULAI 2013: Hero Bollywood terkenal, Salman Khan, kini berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah membunuh seorang gelandangan di Mumbai dalam insiden langgar lari pada waktu malam pada tarikh 28 September 2002.
Mempunyai pengaruh yang amat kuat, Salman yang sebelum ini dipuja kerana karismanya sebagai hero pada mulanya didakwa atas kecuaian ketika memandu tetapi ia telah ditukar kepada homisid salah(wajib salah) namun Salman telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dia telah melakukan kesalah tersebut lebih kurang 11 tahun lalu ketika Toyota Land Cruiser miliknya yang dipandu ke kedai roti di kawasan Bandra, Mumbai telah melanggar lima orang gelandangan yang tidur dijalanan dimana 3 daripada mereka ini parah dan seorang iaitu Nor Ullah Khan, 38 dilaporkan mati.
Salman dikatakan sedang dalam percubaan untuk meringankan dakwaan kecuaiannya ketika memandu itu tetapi sebaliknya telah berdepan dengan pertuduhan yang lebih berat yang menyebabkan dia merengkok di dalam penjara.
Bagi pertuduhan lama iaitu kecuaian yang baru berakhir minggu lalu dan mahkamah telah memutuskan untuk membawa kes ini ke pengadilan yang lebih tinggi.
Perbicaraan yang akan bermula bulan hadapan itu menentukan nasib Salman adakah dia selamat atau menjadi pelakon Bollywood terkenal kedua dipenjarakan selepas Sanjay Dutt yang didapati bersalah memiliki senjata secara haram.
Walaupun begitu dipercayai bahawa pertuduhan keatas Salman ini tidak menggugat popularitinya dan untuk tahun lepas sahaja dua filem lakonannya Ek Kha Tiger dan Dabangg2 menjadi antara filem box-office Bollywood terbaik untuk 2012.
Manakala itu, berita mengenai pertuduhan keatas Salman ini disambut baik oleh badan keselamatan jalaraya India yang menyokong kes ini dibicarakan dan selesai serta memberi pengajaran kepada orang ramai.
"Jarang sekali kes seperti ini dipandang serius dan saya harap ia akan memberi pengajaran. Perbicaraan ini menjadi isu yang diperkatakan di seluruh dunia.
Kita perlu undang-undang yang lebih ketat memandangkan kemalangan maut di India mencecah seratus ribu orang setahun dan hanya sebilangan sahaja dibawa ke muka pengadilan," ujar Gautam Ghai daripada Headlight India.