Ajieb Rosdi Terima Penghormatan Dari The K-Pop Magazine Korea

SEOUL, 29 JULAI 2013: Sungguhpun lagu solo berbahasa Korea pertama anak tempatan, Ajieb Rosdi masih belum lagi di mainkan di mana-mana corong radio Korea Selatan, namun majalah The K-Pop Magazine yang popular di Korea Selatan telah memberikan penghormatan kepada anak muda ini apabila menjadi selebriti pertama Malaysia serta artis terawal yang dipilih untuk untuk merasmikan kolum terbaru iaitu Seleb VS Seleb. 

Menerusi kolum ini, Ajieb bakal muncul bersama ahli kumpulan Fix iaitu Nuri yang mana mereka berdua akan menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam industri K-Pop. Ternyata, Ajieb lebih banyak menerima soalan memandangkan Ajieb masih lagi baru dalam industri K-Pop. Tidak bagi Nuri yang sudah lama mencipta nama dalam arena K-Pop dan kini baru saja melancarkan single keduanya. 

Apa yang pasti, sesi soal jawab ini sudah pun diadakan ketika Ajieb menjalani proses transformasi imej kepada bintang K-Pop. Menariknya dalam sesi tersebut, Ajieb turut mengajar Nuri untuk menyanyikan sebuah lagu Melayu walaupun Nuri hanyalah rappers dalam kumpulan Fix. Sesi temubual ini bakal dipamerkan dalam edisi terbaru majalah The K-Pop Magazine. Lebih istimewa, program istimewa kehidupan Ajieb di Korea turut berjaya merakamkan saat manis ini.