Pemimpin Kanan PAS Menganut Islam Syiah


Kuala Lumpur: Pemimpin kanan PAS dikenal pasti sebagai tokoh politik yang dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini seperti didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin. 

Beberapa sumber agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan pembabitan pemimpin terbabit dalam gerakan Syiah di negara ini, namun masih berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.