Pelakon Glee Ditemui Mati Di Hotel Dengan Keadaan Bogel ?

Semalam, laman Twitter dipenuhi dengan ucapan takziah buat pelakon drama muzikal Glee, Cory Monteith yang telah meninggal dunia pada hari Sabtu lepas.

Cory yang melakonkan watak Finn Hudson ditemui mati di dalam bilik hotel penginapannya oleh pekerja hotel berkenaan.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Cory telah mendaftar masuk ke Hotel Fairmont Pacific Rim pada 6 Julai 2013 dan dijangka mendaftar keluar pada hari sabtu yang lepas.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mahu mendedahkan punca kematian pelakon itu namun bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya pada hari ini (Isnin).

Untuk pengetahuan semua, Cory baru keluar daripada pusat pemulihan pada bulan April yang lepas kerana cuba menghilangkan ketagihan dadah yang dialaminya sejak zaman remaja lagi.

Kematian Cory bagaimanapun mendapat perhatian seluruh dunia terutama sekali rakan-rakan selebriti seperti Dot-Marie Jones, Zooey Deschanel dan Katy Perry.

Paling menyedihkan apabila Lea Michele yang juga pelakon utama Glee dikatakan tidak dapat menerima hakikat mengenai berita kematian teman lelakinya itu. Tambahan lagi mereka dikhabarkan akan berkahwin dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Pastinya para peminat Glee dilanda kesedihan kerana tidak dapat melihat pelakon kesayangan mereka membintangi drama itu lagi selepas ini. Namun apa yang difahamkan, seluruh krew produksi telahpun selesai menjalani penggambaran Glee sehingga musim kelima.

Tidak pastilah bagaimana pengarah drama itu nanti mahu menamatkan watak Finn Hudson. Tapi apa yang pasti episod itu nanti bakal menjadi episod yang paling menyayat hati. Sama-samalah kita nantikan ya.