Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Pasangan muda itu memohon semakan untuk mencabar keputusan hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran untuk menghalang ikat jamin pada Khamis lalu, selepas mereka didakwa dengan tiga pertuduhan kerana menghina umat Islam menggunakan Facebook dan memuat naik gambar lucah mereka di dalam blog.
Permohonan semakan juga dilakukan untuk menghalang keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan perbicaraan ketiga-tiga pertuduhan dijalankan secara serentak.
Tan dan Lee didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.