Jakim Terus Pantau Gerakan Syiah Yang Dibawa Oleh Parti PAS

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza-beza mengikut negeri. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu di negara ini memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari. 

 “Jabatan Agama Islam negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini semalam.