6,000 Pelajar Malaysia Berada Di Mesir Selamat

KUALA LUMPUR – Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin. 

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali (gambar kecil) berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam semalam. 

Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut.