Ahli PAS yang Mengikut Ajaran Syiah Akan Terkeluar Dari Ahli

KUALA LUMPUR 28 Julai - Ahli Pas yang menganut amalan Syiah secara automatik akan terkeluar daripada menjadi ahli Pas. Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli Pas seharusnya berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. "Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi kenyataan media hari ini. Beliau turut menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah. Tambahnya, isu Syiah bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran kepada mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.