Tsunami Di Jepun Sekitar 12 Jam Lepas


TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami awal hari ini selepas gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud melanda wilayah Fukushima, kata pihak berkuasa.

Jabatan Meteorologi Jepun berkata, tsunami tempatan setinggi satu meter boleh memberi kesan terhadap kawasan pantai di wilayah Fukushima, Iwate .

Miyagi selepas gempa bumi berkenaan. Sejumlah kawasan pantai itu masih dalam proses pemulihan selepas gempa pada 2011 dan bencana tsunami yang mengorbankan kira-kira 18,000 orang dan merosakkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bagaimanapun, Tokyo Electric berkata, tiada laporan mengenai kegiatan luar biasa selepas gempa itu.

Jabatan Meteorologi Jepun menasihatkan orang ramai supaya meninggalkan kediaman mereka manakala stesen penyiar Jepun, NHK berkata, sebahagian pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk.

Bandar Iwate turut mengeluarkan arahan berpindah.