Tiada Majlis Tahlil Untuk Majlis Kematian Sharifah Aini


Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff Omar Ali.

Penutupan akaun itu dilakukan selepas pengebumian Allahyarham pada Sabtu lalu.

Difahamkan, Aliff bertindak sedemikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun berkenaan dikenang semula.

Terdahulu Allahyarham pernah menjadikan akaun Facebook miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.

Menerusi laman sosial itu juga Sharifah Aini turut menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia. 

 Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum solat Zohor pada hari sama.

Kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar terhadap dunia hiburan tanah air sehingga ia menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut mengucapkan takziah.

Dalam pada itu turut difahamkan tiada majlis tahlil terhadap Allahyarham kerana majlis seupama itu hanya dianggap sebagai satu amalan.