Kajian oleh University of Haifa, Israel, baru-baru ini mendakwa bahawa tradisi tabur bunga di atas makam berasal dari bangsa Israel Kuno. Kajian ini berdasarkan bukti sebuah makam kuno bangsa Israel yang usianya sudah 14 ribu tahun.
Ketika meneliti, para penyelidik mencari fosil-fosil bunga di atas mayat yang telah terkubur. "Ini contoh paling kuno dalam hal meletakkan bunga dan tanaman segar di atas makam sebelum menguburkan mayat," kata penyelidik Dani Nadel.
Kajian tidak mendedahkan apa tujuan menaburkan bunga di dalam kubur sebelum mayat dikebumikan. Sebelum ada penemuan ini tradisi tabur bunga di atas makan telah dilakukan sejak 35 ribu tahun lalu.
Walaupun tabur bunga ini semula dianggarkan pertama kali dilakukan oleh Neanderthal di Gua Shanidar, Iraq. Namun bukti tradisi ini baru ditemui sekarang. Walaupun penemuan oleh ilmuan di Israel ini berbeza dari tradisi tabur bunga di masa kini.
Penemuan ini menunjukan mayat sebelum dikebumikan akan ditabur bunga. Sedangkan tradisi saat ini menguburkan mayat terlebih dahulu sebelum makam di taburkan bunga.
Filled Under: agama, hukum tabur bunga di kubur, hukum tabur bunga di makam