Beberapa keping gambar Messi yang juga Ketua Pasukan Argentina beramah mesra dengan Perdana Menteri Zionis Benjamnin Netanyahu. |
Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona ekoran tersebar gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.
Gambar berkenaan diambil ketika pasukan Barcelona dan Messi melawat Israel tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada rundingan damai antara Palestin dan Israel.
Satu gambar yang menjadi viral kebencian penyokong Argentina dan Messi ialah gambar pemain itu memegang sehelai kemeja-t dengan tertulis perkataan “Berdiri Bersama Israel“.
Gambar itu dikatakan dirakam ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.
Di laman Facebook di Malaysia, kebanyakan peminat Barcelona sudah mula benci dengan pasukan itu termasuk Messi dan Argentina dan menyuarakan sokongan mereka kepada Jerman pada final nanti.
Messi dilihat begitu ceria berdiri di samping Netanyahu yang telah memberi arahan kepada askar rejimnya membunuh dan melancarkan serangan udara ke atas rejim Zionis berkenaan.