Link Download Filem Rindu Awak 200% Full Movie

Drama Rindu Awak 200% adalah sebuah drama yang diadaptasi daripada novel Rindu Awak 200% hasil karya novelis dan blogger Liyana Zahim. Drama ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunus dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan pelakon Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqbal dan Ayda Jebat sebagai Armel Aisya yang membawa watak utama. Turut dibantu pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi, Adeline Tsen dan ramai lagi. Nantikan drama Rindu Awak 200% yang dijangka akan ditayangkan selepas tamat drama Kerana Terpaksa Aku Relakan menerusi slot Akasia di saluran TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.



Sinopsis

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celupar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada dirumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang berkerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh? SUMBER