Harga Samsung Galaxy S3 Second Hand Di Malaysia

Harga Samsung Galay S3 second hand di Malaysia sekarang ni berapa ya agak-agak? Saya sedang berkira-kira untuk menjual smartphone Samsung Galaxy S3 saya sebabnya sudah upgrade phone baru.

Harga jualan bagi Galaxy S3 yang sudah diguna (second hand) selalunya bawah RM1,000 tetapi nilai paling minimum tu takde yang tetap. Antara harga rendah yang saya jumpa di website-website jualan online yang ada, adalah serendah RM550 sahaja. Kalau ada yang lebih rendah pun selalunya sebab Samsung Galaxy S3 tu dah dalam kondisi yang teruk.

List harga handphone second hand

List harga handphone second hand ada banyak, taip je di Google dan ada keluar beberapa cadangan berkualiti yang boleh dijadikan rujukan. Antara yang popular ialah websiteMudah.my. Tetapi sebelum membeli sebarang gajet terutamanya smartphone sepertiSamsung Galaxy S3 second hand, perkara berikut kena ambil kira terlebih dahulu:

  • kenapa kita perlu beli gajet second hand? kenapa tak beli yang baru
  • berapa harga semasa bagi gajet tersebut di pasaran sekarang ini?
  • dengan harga jualan yang ditawarkan, apakah yang akan kita (pembeli) terima?
  • berapakah jangka masa maksimum gajet tersebut boleh kita gunakan sebelum terpaksa keluar duit lagi sama ada untuk tujuan maintenance ataupun beli gajet baru sebagai ganti

Lepas dah betul-betul yakin dengan jawapan dan keputusan kita atas soalan-soalan ni, kita boleh lah terus ke langkah seterusnya iaitu sama ada mahu membeli gajet second hand tersebut ataupun lupakan saja niat kita dan beli gajet yang baru. Sekarang sudah adabanyak jenama smartphone yang bagus dengan harga murah seperti Huawei, Lenovo, Xiaomi dan lain-lain.

Tetapi jangan pula tertipu dengan harga yang murah semata-mata. Kita kena bijak menilai aspek lain selain harga sebelum membeli smartphone untuk kegunaan jangka masa panjang. Mungkin gajet tersebut ditawarkan pada harga yang murah sedikit tetapi spesifikasinya juga tidak sehebat gajet mahal seperti Apple dan Samsung.

Kembali kepada tujuan utama saya yang asal, ada tak siapa-siapa dalam kalangan pembaca dan rakan blogger yang berminat untuk menggunakan handphone Samsung Galaxy S3? Kalau ada mungkin boleh beli saja daripada saya, sebabnya saya memang dalam proses untuk mencari tuan baru untuk smartphone kesayangan ni. sumber