Satu lagi permainan komputer yang digilai remaja negara Malaysia didakwa boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam dengan memaparkan kalimah Allah dan Kaabah iaitu permainan yang dinamakan Devil May Cry.
Isu ini dibangkitkan setelah menyedari terdapat elemen-elemen yang mengandungi perhinaan terhadap Islam dalam permainan komputer tersebut, malah yang asyik bermain seolah-olah merelakannya pula terutamanya remaja Melayu Islam.
Sehubungan itu saya berharap kerajaan dan jabatan agama Islam wajib mengkaji untuk mempertimbangkan pengharaman permainan yang seumpama itu daripada dimainkan oleh orang Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa pihak kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas ke atas perkara berkenaan.
“Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.
“Jadi, saya mewakili mahasiswa/i Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci 'keadaan' permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam permainan Devil May Cry 3 itu, pemain didakyah kononnya mereka berjihad menentang syaitan dan dikehendaki menewaskan makhluk itu dengan menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam juga dikatakan tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu Kaabah.
“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana Kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” katanya.
Isu_Permainan_Hina_Islam3
Rohayu juga menyifatkan permainan seumpama itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila 'mempermainkan' agama Islam.
“Tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat. Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang ini (permainan itu)," katanya.-malaysiakini