Bukan lagi satu rahsia bahawa Syiah memilih untuk bersarang melalui
PAS.Semua orang tahu bahawa penganut Syiah memang ramai di dalam parti
PAS.
Malah,orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini.Namun,entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka.
Malah,orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini.Namun,entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka.
Amaran-amaran yang dikeluarkan terhadap Syiah
oleh pemimpin PAS dilihat sebagai retorik dan lakonan semata-mata.akhbar
Sinar Harian pula mendedahkan bahawa terdapat wakil rakyat Syiah,tanpa
menyebut dari parti mana.Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Syiah
mungkin turut wujud di dalam UMNO.
Justeru,saya mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik.
Justeru,saya mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik.
Ini kerana kenyataannya itu secara tak langsung menggambarkan bahawa
beliau sememangnya tahu siapakah wakil rakyat Syiah tersebut dan jika
beliau mengetahuinya, beliau wajib mendedahkannya.Tidak kira sama ada
fahaman wakil rakyat itu mewakili parti atau tidak,beliau wajib
didedahkan kerana Syiah telah diwartakan sebagai salah dari segi
undang-undang Malaysia.
Apatah lagi jika wakil rakyat tersebut mewakili
parti PAS yang membawa nama ‘Islam’.Ini kerana beberapa pecahan
ajaran Syiah telah disahkan sebagai sesat dan bukan lagi
Islam.Justeru,rakyat wajib tahu dari ajaran Syiah manakah wakil rakyat
tersebut.Malah,jika pemimpin PAS ikhlas menentang Syiah,mereka juga
tentu ingin tahu siapakah gerangannya.
Kata tidak boleh menyalahkan
sesiapa jika rakyat menuduh wakil rakyat yang dimaksudkan oleh Prof.
Mohd Kamil itu adalah dari parti PAS.Kita semua sedia maklum bahawa
biarpun para penyokong PAS begitu giat membela rakyat Syria yang dibunuh
kejam oleh puak Syiah pada ketika ini, namun hakikatnya pemimpin mereka
sendiri telah lama menyokong Syiah dan menyanjung Imam Besar Khomeini.
Mengimbas kembali laporan akhbar-akhbar Harakah pada tahun 1980-an,anda
akan mendapati bahawa parti itu sememangnya menyanjung kalau pun tidak
memuja Imam Besar Syiah iaitu Ayatollah Khomeini.
Apabila Khomeini
meninggal dunia,akhbar Harakah mengeluarkan kenyataan Mursyidul Am
PAS,Nik Aziz Nik Mat yang berkata ‘Pemergian Khomeini Satu Kehilangan Besar Kepada Ummah’.PAS
pada ketika itu menjadikan Iran sebagai model Negara Islam kerana
terlalu mengagungkan Khomeini.
Revolusi Iran yang menyaksikan kejatuhan
Shah Reza Pahlavi dijadikan inspirasi oleh PAS dan dirujuk sebagai ‘kemenangan Islam’
dalam menentang sekular.Iran di bawah Khomeini pantas mengenakan kod
pakaian terhadap wanita serta menutup beberapa syarikat akhbar.Tindakan
Khomeini membuatkan PAS begitu teruja.
Seperti kebanyakan pemerintah Arab
lain,kerajaan Khomeini juga menghukum sesiapa sahaja yang menentang
mereka dengan kejam,termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai atas
alasan menentang pemerintahan Islam.
Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.
Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.
Satu perkara yang menarik mengenai Khomeini ialah beliau membenarkan pertukaran jantina bagi mereka yang mengalami kelainan hormon.Pada tahun 1979,mereka yang terlibat dibolehkan melalui rawatan dan mendapatkan identiti baru.Maka,tidak hairanlah apabila Syiah semakin teruja dengan PAS apabila parti itu bersekongkol dengan PKR yang turut memperjuangkan hak LGBT.PAS cuba menepis bahawa parti itu menyokong atau ‘mesra’ Syiah.Alasan mereka,Syiah di zaman Khomeini adalah berbeza dengan Syiah yang membunuh Ahli Sunnah di Syria.
Benar,Syiah di zaman Khomeini tidak
membunuh Ahli Sunnah dengan kejam,namun itu tidak bermakna fahaman
mereka benar.Buku tulisan Khomeini bertajuk Kashaful Asrar membuktikan
bagaimana beliau telah memfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan
merujuk kepada mereka sebagai menentang AlQuran dan sebagainya.
Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut’ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini.Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung.
Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut’ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini.Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung.
Berdasarkan hakikat ini,anda tidak wajar memandang ringan akan isu wakil
rakyat Syiah malah wajib membongkar dan mendesak beliau dan partinya
menyatakan pegangan mereka mengenai hukum-hukum Syiah yang bertentangan
dengan Ahli Sunnah dan juga AlQuran.Jika alasannya bahawa Syiah dahulu
dan sekarang telah berubah, maka kita juga wajar mengambilkira akan
perubahan yang berlaku.Hakikatnya,
PAS juga telah berubah dari sebuah
parti konservatif menjadi parti yang cacamarba dan separa liberal serta ‘mesra’ pluralisme.Oleh
kerana kedua-dua Syiah dan PAS telah mengalami perubahan,maka PAS wajib
membuat kenyataan yang jelas terhadap pegangan dan fahaman parti itu
mengenai Syiah dan pendekatannya terhadap pemimpin atau wakil rakyat
yang menganut ajaran Syiah.PAS tidak boleh terus berdiam diri dan
berpura-pura tidak terlibat dengan Syiah.
Keratan-keratan akhbar lama
sudah cukup untuk membuktikan kaitan PAS dengan Syiah.Sikap membisu PAS
hanya akan mengembangkan lagi ajaran Syiah.Oleh itu,apakah jaminan Syiah
yang diternak PAS ini tidak akan bangun menentang dan membunuh Ahli
Sunnah pada suatu hari nanti ???