amat memalukan bila Anwar yang sering melaungkan keakrabannya yang
teramat sangat dengan mantan Naib Presiden Indonesia,Jusof Kalla,tidak
dijemput ke majlis perkahwinan anak pemimpin Indonesia itu di sebuah
hotel terkemuka di Jakarta semalam.Sedangkan seteru Anwar,Datuk Seri
Najib Tun Razak diberi penghormatan sebagai satu-satunya pemimpin utama
negara asing yang dijemput ke majlis penuh prestij tersebut.
Walhal
setahu saya,Anwar kerap mengaitkan Jusof Kalla dengan dia.Sikit-sikit
Jusof Kalla,sikit-sikit Jusof Kalla.Sampaikan cerita lawak Anwar di 'offer' jawatan
Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Najib pun,Anwar kata Jusof
Kalla yang sebut.Bunyi macam rapat sangat,tapi majlis kahwin anak dia
sendiri pun,Anwar tidak dijemput Jusof Kalla.
Majlis kahwin,adalah jemputan untuk kawan karib dan saudara mara
terdekat.Bila dah tak dijemput tu,faham-faham sudahlah. Kalau itu bukan
kemaluan terbesar,saya tak tahulah nak kata apa lagi.Bagi saya
sendiri,tidak ada alasan lain kenapa Anwar tidak dijemput untuk datang
ke majlis itu,melainkan Jusof Kalla berasa kecil hati kerana namanya
sering dilibatkan Anwar untuk menghidupkan semula ‘pesona’nya di
kalangan pengikut pembangkang yang semakin tawar kebelakangan ni.
Siapa
pun kecil hati kalau namanya dijual berulang kali macam sampah tepi
jalan.Pulak tu,betulnya tidak,autanya saja lebih.Tapi saya juga perlu
akui,ada kemungkinan Jusof Kalla mungkin menjemput,tapi Anwar malu nak
datang kerana mengenangkan pelbagai pembohongan menggunakan nama Jusof
Kalla yang sering dibuatnya kebelakangan ni.
Berulang alik ke Jakarta tu
bukan satu masalah untuk Anwar,alangkah Turki yang lebih jauh itupun
Anwar ulang alik hampir setiap bulan,takdak masalah pun.Tiket habis,sewa
jet,apa susah,duitkan banyak.Bayar legal fees saja sudah berpuluh juta
ringgit nilai,apalah sangat sewa jet tu.