Trailer Filem KL GANGSTER 2


Selepas lebih dua tahun menanti, trailer filem paling dinanti-nantikan tahun ini, ‘KL Gangster 2′ akhirnya dilancarkan. Menerusi akaun Youtube pengarahnya, Syamsul Yusof, trailer berdurasi 2 minit 37 saat ini menampilkan babak-babak cemas dan mendebarkan sekali gus berjaya membangkitkan rasa teruja penonton untuk menyaksikan filem ini.




‘KL Gangster 2′ menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan Razak, Sofi Jikan dan ramai lagi. Tidak hairanlah, rata-rata peminat mengharapkan yang terbaik menerusi filem ini. Malah ramai memberikan pendapat bahawa tidak mustahil untuk ‘KL Gangster 2′ memecahkan rekod kutipan filem ‘KL Gangster’ sebelum ini.

Kepada peminat-peminat yang menantikan tayangan filem ini pada 3 Oktober depan, jom saksikan trailer yang tentunya akan membuatkan anda tidak senang duduk.