Pelakon Malaysia Ancam "SAMAN" Pengarah Filem Popular Kerana Hantar SMS Lucah





Insiden pengarah ajak ke ranjang yang dilaporkan baru-baru ini akhirnya telah selesai apabila pengarah filem, Rashid Ahmad, 38, membuat pemohonan maaf terhadap pelakon baru iaitu Carmen Chew Richy, 22.

"Saya sedia memaafkannya namun dalam masa sama berharap dia bertaubat atas kesalahannya," kata Carmen Chew kepada Harian Metro. Pada 9 Mac lalu, Carmen mendakwa Rashid bertindak di luar batasan apabila mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur seks kepadanya pada bulan Januari. Di samping itu, Rashid turut dituduh memukul, menampar dan tidak membayar gaji kepadanya.

Bagaimanapun, Rashid menafikan dakwaan melainkan mengakui mengirimkan pesanan ringkas berbaur seks yang bertujuan untuk menyedarkan Carmen yang tidak membayar sewa rumah di Setapak menyebabkan pemilik rumah mencarinya.