Hasan Ali Sahkan Kewujudan Ahli Syiah

“Apa yang ingin saya tonjolkan di sini,pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Selain itu Hasan berkata,terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah.Dalam perkembangan lain beliau berkata, ada dakwaan mengatakan kekalahan beberapa calon utama Pas di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu seperti di Kedah disebabkan wujudnya faktor Syiah di dalam parti itu.

“Seingat saya setiap kali datangnya tahun pemilihan di dalam muktamar tahunan Pas,isu pemimpin Syiah dalam parti sering dijadikan bahan kempen untuk memenang dan menewaskan seseorang calon yang merebut kerusi kepimpinan parti,” katanya.

Aktivis Pas,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula berkata,penularan fahaman Syiah dalam kalangan ahli Pas bukan suatu perkara baharu tetapi telah berlaku sejak puluhan tahun lalu,namun ia gagal ditangani oleh pucuk pimpinan parti sehingga menjadi semakin serius kini.Malah tegasnya,satu kajian holistik perlu dilakukan memandangkan mereka yang berfahaman Syiah semakin berani menyebarkannya kepada umum.

“Pas perlu serius dalam usaha untuk membendung penularan fahaman Syiah dalam kalangan ahli mereka.Satu jawatankuasa perlu diwujudkan bagi menyiasat tentang ahli parti yang dikatakan berfahaman Syiah,” katanya.

Mohamed Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menambah,Pas perlu serius dalam menangani isu Syiah kecuali parti itu membuat ketetapan untuk menerima fahaman tersebut. “Cuma saya tidak pasti status ahli mereka yang terlibat itu sekarang, kerana dahulu memang mereka ahli Pas tetapi bukan yang berjawatan penting di negeri ini.Malah kepimpinan parti juga seolah-olah tidak mengambil sebarang usaha untuk menyekat penularan fahaman berkenaan,” katanya.
Bekas Naib Presiden Pas,Datuk Dr. Hasan Ali mengesahkan kewujudan ahli Syiah di kalangan pimpinan tertinggi Pas,namun tidak diambil tindakan parti itu kerana tiada keberanian.Pemimpin itu ujarnya,dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat,melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.